✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Tuesday, 5 March 2013

Petua menghilangkan parut di muka


Kesan parut sememangnya 'mencacatkan' penampilan kita lebih-lebih lagi sekirnaya parut tersebut terletak di bahagian muka. Kita pasti ingin segera membuangnya membuangnya daripada terus membelenggu kita. Jangan bimbang! Ketahui cara mudah menghilangkan jerawat di sini!

ubi kentang
Mudah sahaja! Kukus sebiji ubi ketang sehingga empuk dengan sedikit air. Setelah empuk, lumatkan sehingga halus dan tempelkan di parut tersebut. Amalkan selalu sehingga parut terseut hilang dengan sendirinya.

Kulit kayu manis
Tumbuk kayu manis sehingg lumat sebelum dicampurkan dengan sedikit air. Bancuh dengan bedak sejuk sehinga sebati. Kemudian, sapukan di bahagian parut. Lakukan selalu sehigga anda dapat melihat kesannya.

Timun
Kisar sebiji timun dengan menggunakan alat mengisar. Toskan timun tersebut untuk diambil hampasnya. Tampalkan hampas tersebut di bahagian berparut selama setengah jam. Amalkan selalu dan anda pasti akan berpuas hati dengan kesannya.

Daun sirih
Ambil laun sirih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian tampalkan di bahagian berparut sehingga kering. Bilas dengan air bersih. Selok-eloknya, amalkan tiga kali seminggu.

Petua memasak daging degan lebih sedap



Hai! Selamat pagi semua! Hari ni blog petua anak dara ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips atau petua-petua memasak daging dengan lebih sedap.

petua 1
Elakkan terus memasak daging yang baru sahaja keluar dari freezer. Sekiranya kita terus memasaknya, asti daging tidak akan masak sepenuhnya.  Sebolehnya, keluarkan daging lebih awak agar kita mudah memasaknya.

petua 2
Sebelum memulakan masakan, gaulkan daging dengan dengan serbuk perasa iaitu campuran pelbagai bahan seperti cili, bawang, kunyit dan sebagainya, (mengikut resepi anda sendiri). Perap selama setengah jam atau semalaman agar daging menjadi lebih sedap.

petua 3
Setelah daging siap dimasak, toskan dahulu minyaknya untuk membuang lebihan minyak yang ada. Elakkan memakai surat khabar ketika mengetos kerana kandunga karbon di dalamnya akan memberi kesan kepaa kita. Tujuan mengetos ialah untuk membuang minyak yang berlebihan.

Petua Kesihatan Rambut


Assalamua'laikum & selamat bertemu kembali dalam petua kesihatan rambut. Kali ini, petua kecantikan rambut akan dikongsi bersama anda. Rambut ibarat mahkota bagi wanita dan mungkin lambang keegoan seorang lelaki... Rambut yang sihat, tiada kelemumur, tidak kering dan berminyak, tidak bercabang merupakan ciri rambut yang diingini oleh setiap dari kita... Pelbagai produk kecantikan rambut yang ada dipasaran sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah sampingan selain harganya yang agak mahal malah mungkin juga diragui status bahan kimia dan kehalalannya... Ayuh kita sama-sama kongsi Petua, semoga ada manfaat dan kebaikan bersama.....-:)



Masalah Rambut Gugur

Bahan-bahan nya ialah beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya. Ramas atau mesin bahan-bahan tadi. Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih... Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu, insyaaAllah ada hasilnya...
Kebaikan bunga raya ialah melembutkan rambut manakala kebaikan lidah buaya menyejukkan dan menyamankan kulit kepala. Sekaligus mampu mengelakkan masalah rambut gugur dan menjadi perapi rambut...


Rambut Sihat Dan Lembut

Bahan-bahannya ialah campuran air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya (bunga tahi ayam wangi tak?)
Cara penyediaan: Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
Cara guna: Basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InsyaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur, rambut akan nampak lebih sihat dan lembut...


Rambut Berminyak

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut berminyak ialah syampu dan kuning telur.
Cara penyediaannya sangatlah mudah iaitu campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
Cara guna juga amat mudah dan senang iaitu cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. Jika tidak, pasti ada binatang liar yang akan mengerumuni rambut anda!
InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi...


Rambut Kering/Bercabang

Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut kering ialah minyak sayuran dan tuala bersih.
Cara penyediaan ialah panaskan minyak sayuran.
Cara penggunaannya pula ialah dengan melumurkan minyak tadi pada rambut. Oleh rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih.
InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik...


Rambut Berkilat



Bersihkan biji betik dan jemur sehingga kering. Kemudian, gorengkan tanpa minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk atau giling sampai hingga lumat biji betik. Pindahkan ke dalam piring dan bancuh dengan sedikit air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut terlebih dahulu sehingga betul-betul bersih... Selepas itu barulah sapukan bahan tadi pada rambut anda. Insyaallah hasilnya rambut akan berkilat dan bersinar lebih hitam daripada biasa... Selamat mencubaaa...


Menghilangkan Kelumumur


 Ambil tiga batang serai kampung dan dua biji limau nipis, kisar bahan-bahan tersebut sehingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya sahaja. Kemudian sapukan pada keseluruhan rambut anda seperti menggunakan syampu harian. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bilas dengan menggunakan air biasa sehingga bersih. Amalkan dua kali seminggu. Insyaallah anda akan berpuas hati dengan rambut yang sihat dan tiada kelumumur..




Thursday, 28 February 2013

Petua Cantikkan Kuku


Kebersihan kuku adalah sangat penting. Melalui kuku juga kita dapat mengambarkan perwatakan seseorang itu. Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikan kulit, rambut dan anggota yang lain. Akan tetapi ramai lagi masih yang tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. .


Limau Nipis

Limau nipis boleh digunakan sebagai rawatan kuku dirumah bagi untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.. Limau mestilah dibelah dua bagi memudahkan anda gosokkan limau nipis tersebut pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan nampak kelihatan cantik dan bersih. Amalkan amalan ini selalu pasti anda akan menyukainya dan berpuas hati dengan kuku yang cantik dan sihat. selamat mencuba. .


Bawang Putih

Bawang putih juga boleh digunakan dalam proses menjaga kuku ia sangat baik untuk kuku yang mudah patah . Caranya anda perlulah tumbuk bawang sehingga lumat dan gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin berulang kali. Selain itu juga bawang putih juga dapat membantu menguatkan struktur kuku anda bagi tidak mudah patah. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda dengan itu anda tidak perlu lagi memain pengilat kuku. Amalkan selalu.


Belimbing Buluh

Kuku cantik dan tidak kering gosokkan kuku dengan buah belimbing buluh atau buah limau nipis 3x seminggu,bagi kuku tidak kelihatan kusan dan kering. Selepas itu rendam kuku dengan air suam bercampur garam bagi mendapat kesan yang lebih baik. Biar ia kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Amalkan setiap hari anda akan lihat kesannya.  Kuku kaki juga anggota yang perlu dijaga dan dirawat selalu bagi kelihatan cantik dan sihat.


Daun Kangkung

Ambil 3-4 helai pucuk daun kangkung lalu dicampurkan dengan sedikit air sejuk atau air kosong. Lepas tu tumbuk daun kangkung dengan air sehingga lumat dan gosok kangkung tersebut pada kuku dan 10 minit bilas dengan air putih. Anda akan kelihatan hasilnya kuku kelihatan putih dan bersih sangat-sangat. Amalkan selalu anda akan berpuas hati. Selamat mencuba. .



Tuesday, 26 February 2013

Petua menghilangkan jerawat


Jerawat sememangnya dibenci dan menjadi musuh semua orang. Kehadirannya pada raut wajah kita pasti ingin segera dimusnahkan. Pelbagai cara pasti dilakukan untuk menghilangkan jerawat. Kepada anda yang sedang buntu memikirkan cara menghilangkan jerawat, ikutilah petua-petua di bawah :

satu :
Ambil daun sireh lalu direndamkan di dalam air panas. Tunggu sehingga air sejuk dan daun menjadi layu. Selawat ke atas nabi tiga kali lalu basuh muka dengan air tersebut. Jangan keringkan muka yang basah dengan menggunakan tuala, sebaliknya biar ia kering sendiri.

dua :
Ambil daun jambu yang masih muda lalu dicuci bersih dan diramas dengan air. Cuci muka dengan menggunakan air jambu tersebut.

tiga :
Ambil sedikit asam jawa dan kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.  Sebatikan dan lumur ke muka, Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih.

empat :
Sapukan larutan tepung kanji dengan air lalu disapukan ke jerawat yang tumbuh. Insha Allah jerawat pasti akan hilang.

lima :
Asah kulit kayu manis untuk mengambil debunya. Campurkan debu tersebut dengan madu lalu ditempelkan ke muka sebelum tidur. Bilas dengan air bersih keesokan harinya.

Monday, 25 February 2013

Petua dan tips membuat kek


Kek merupakan makanan yang lazat dan menjadi kegemaran semua. Namun begitu, tak semua orang boleh membuat atau menghasilkan kek yang lazat dan menarik. Kek yang kita hasilkan mungkin terlalu lembab atau berair, merekah di bahagian atas dan mendap di tengahnya. Ikutilah petua dan tip di bawah untuk menghasilkan kek yang menarik dan menyelerakan.

Telur :
Telur yang digunakan di dalam kek mestilah segar dan bukanlah telur yang sudah lama disimpan. Sebaiknya, pilih telur double A atau beratnya 60gram sebiji. Jangan memilih telur yang terlalu besar kerana ia akan menambah air dalam sukatan dan menyebabkan doh menjadi lembik. Telur dan gula perlu dipukul sehingga betul-betul gebu sebelum dicampur dengan bahan lain. Untuk memastikan telur betul-betul gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan diterbalikkan, Sekiranya tidak jatuh, telur itu sudah gebu.

Kelajuan memukul mentega dan gula :
Pastikan ia dipukul perlahan sehingga sebati kemudian ditukar ke tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum diputar ke tahap maksima selama 6-7 minit sehingga adunan menjadi gebu dan ringan. Jika menggunakan hand mixer, pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji.

Mentega :
Mentega yang digunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi tidaklah terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi padat dan bertekstur keras. Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga menadi gebu, adunan akan menjadi berketul-ketul apabila telur dimasukkan.  Jika ingin memukul mentega, jangan pukul di tempat yang panas kerana ia akan menyebabkan mentega cair.



Petua Menghilangkan Sakit Kepala

petua sakit kepala

Sakit kepala sememangnya mengganggu apatah lagi apabila kita memerlukan konsentrasi terhadap sesuatu kerja. Sakit kepala akan mengganggu siapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat beberapa petua yang boleh diamaakan bagi menghilangkan sakit kepala. Antara petua yang boleh diamalkan ialah:

minum air kosong/air limau :
Mungkin badan anda berlaku dehidrasi atau kehilangan air daripada badan yang membawa kecenderungan kepada sakit kepala. Jadikan amalan minum air kosong/air limau bagi mengelakkan sakit kepala daripada terjadi. Minum dua atau tiga gelas air dan berehat secukupnya

kopi :
Minuman seperti kopi seharusnya dielakkan semasa mengalami pening kepala kerana kandungan kafeinnya yang sangat tinggi. 

Tuala basah :
Ambil tuala dan basahkan menggunakan air dingin. Tekan-tekan tuala di bahagian kepala, leher, dan belakang. Cara ini akan mengurangkan ketegangan yang terjadi di kepala.

petua orang dulu-dulu :
Jika ingin mandi, amalkan menjirus kaki dari lutut ke bawah terlebih dahulu sebelum ke anggota lain.
Jika ingin memakai kain pelikat/kain sarung, jangan masukkan dari kepala terlebih dahulu. Sebaiknya, masukkan bermula dari kaki ke atas.
Jangan selalu menyusuk di bawah ampaian atau bawah rumah.