✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Thursday 28 February 2013

Petua Cantikkan Kuku


Kebersihan kuku adalah sangat penting. Melalui kuku juga kita dapat mengambarkan perwatakan seseorang itu. Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikan kulit, rambut dan anggota yang lain. Akan tetapi ramai lagi masih yang tidak ketahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Banyak keburukan yang bakal timbul sekiranya kita tidak menjaga kuku dengan baik. .


Limau Nipis

Limau nipis boleh digunakan sebagai rawatan kuku dirumah bagi untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.. Limau mestilah dibelah dua bagi memudahkan anda gosokkan limau nipis tersebut pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku anda akan nampak kelihatan cantik dan bersih. Amalkan amalan ini selalu pasti anda akan menyukainya dan berpuas hati dengan kuku yang cantik dan sihat. selamat mencuba. .


Bawang Putih

Bawang putih juga boleh digunakan dalam proses menjaga kuku ia sangat baik untuk kuku yang mudah patah . Caranya anda perlulah tumbuk bawang sehingga lumat dan gosokkan bawang putih pada kuku yang rapuh sekerap mungkin berulang kali. Selain itu juga bawang putih juga dapat membantu menguatkan struktur kuku anda bagi tidak mudah patah. Bawang putih juga boleh menggilatkan lagi kuku anda dengan itu anda tidak perlu lagi memain pengilat kuku. Amalkan selalu.


Belimbing Buluh

Kuku cantik dan tidak kering gosokkan kuku dengan buah belimbing buluh atau buah limau nipis 3x seminggu,bagi kuku tidak kelihatan kusan dan kering. Selepas itu rendam kuku dengan air suam bercampur garam bagi mendapat kesan yang lebih baik. Biar ia kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Amalkan setiap hari anda akan lihat kesannya.  Kuku kaki juga anggota yang perlu dijaga dan dirawat selalu bagi kelihatan cantik dan sihat.


Daun Kangkung

Ambil 3-4 helai pucuk daun kangkung lalu dicampurkan dengan sedikit air sejuk atau air kosong. Lepas tu tumbuk daun kangkung dengan air sehingga lumat dan gosok kangkung tersebut pada kuku dan 10 minit bilas dengan air putih. Anda akan kelihatan hasilnya kuku kelihatan putih dan bersih sangat-sangat. Amalkan selalu anda akan berpuas hati. Selamat mencuba. .



Tuesday 26 February 2013

Petua menghilangkan jerawat


Jerawat sememangnya dibenci dan menjadi musuh semua orang. Kehadirannya pada raut wajah kita pasti ingin segera dimusnahkan. Pelbagai cara pasti dilakukan untuk menghilangkan jerawat. Kepada anda yang sedang buntu memikirkan cara menghilangkan jerawat, ikutilah petua-petua di bawah :

satu :
Ambil daun sireh lalu direndamkan di dalam air panas. Tunggu sehingga air sejuk dan daun menjadi layu. Selawat ke atas nabi tiga kali lalu basuh muka dengan air tersebut. Jangan keringkan muka yang basah dengan menggunakan tuala, sebaliknya biar ia kering sendiri.

dua :
Ambil daun jambu yang masih muda lalu dicuci bersih dan diramas dengan air. Cuci muka dengan menggunakan air jambu tersebut.

tiga :
Ambil sedikit asam jawa dan kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.  Sebatikan dan lumur ke muka, Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih.

empat :
Sapukan larutan tepung kanji dengan air lalu disapukan ke jerawat yang tumbuh. Insha Allah jerawat pasti akan hilang.

lima :
Asah kulit kayu manis untuk mengambil debunya. Campurkan debu tersebut dengan madu lalu ditempelkan ke muka sebelum tidur. Bilas dengan air bersih keesokan harinya.

Monday 25 February 2013

Petua dan tips membuat kek


Kek merupakan makanan yang lazat dan menjadi kegemaran semua. Namun begitu, tak semua orang boleh membuat atau menghasilkan kek yang lazat dan menarik. Kek yang kita hasilkan mungkin terlalu lembab atau berair, merekah di bahagian atas dan mendap di tengahnya. Ikutilah petua dan tip di bawah untuk menghasilkan kek yang menarik dan menyelerakan.

Telur :
Telur yang digunakan di dalam kek mestilah segar dan bukanlah telur yang sudah lama disimpan. Sebaiknya, pilih telur double A atau beratnya 60gram sebiji. Jangan memilih telur yang terlalu besar kerana ia akan menambah air dalam sukatan dan menyebabkan doh menjadi lembik. Telur dan gula perlu dipukul sehingga betul-betul gebu sebelum dicampur dengan bahan lain. Untuk memastikan telur betul-betul gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan diterbalikkan, Sekiranya tidak jatuh, telur itu sudah gebu.

Kelajuan memukul mentega dan gula :
Pastikan ia dipukul perlahan sehingga sebati kemudian ditukar ke tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum diputar ke tahap maksima selama 6-7 minit sehingga adunan menjadi gebu dan ringan. Jika menggunakan hand mixer, pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji.

Mentega :
Mentega yang digunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi tidaklah terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi padat dan bertekstur keras. Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga menadi gebu, adunan akan menjadi berketul-ketul apabila telur dimasukkan.  Jika ingin memukul mentega, jangan pukul di tempat yang panas kerana ia akan menyebabkan mentega cair.



Petua Menghilangkan Sakit Kepala

petua sakit kepala

Sakit kepala sememangnya mengganggu apatah lagi apabila kita memerlukan konsentrasi terhadap sesuatu kerja. Sakit kepala akan mengganggu siapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat beberapa petua yang boleh diamaakan bagi menghilangkan sakit kepala. Antara petua yang boleh diamalkan ialah:

minum air kosong/air limau :
Mungkin badan anda berlaku dehidrasi atau kehilangan air daripada badan yang membawa kecenderungan kepada sakit kepala. Jadikan amalan minum air kosong/air limau bagi mengelakkan sakit kepala daripada terjadi. Minum dua atau tiga gelas air dan berehat secukupnya

kopi :
Minuman seperti kopi seharusnya dielakkan semasa mengalami pening kepala kerana kandungan kafeinnya yang sangat tinggi. 

Tuala basah :
Ambil tuala dan basahkan menggunakan air dingin. Tekan-tekan tuala di bahagian kepala, leher, dan belakang. Cara ini akan mengurangkan ketegangan yang terjadi di kepala.

petua orang dulu-dulu :
Jika ingin mandi, amalkan menjirus kaki dari lutut ke bawah terlebih dahulu sebelum ke anggota lain.
Jika ingin memakai kain pelikat/kain sarung, jangan masukkan dari kepala terlebih dahulu. Sebaiknya, masukkan bermula dari kaki ke atas.
Jangan selalu menyusuk di bawah ampaian atau bawah rumah.

Petua memerahkan bibir

Bibir merupakan salah satu tarikan utama bagi wanita. Memiliki bibir yang merah dan menawan merupakan impian bagi setiap wanita. Jadi, tidak hairanlah sekiranya wanita sanggup berbelanja demi mendapatkan bibir yang menawan. Buat wanita di luar sana,anda tidak perlu risau lagi kerana blog petua anak dara akan berkongsi beberapa petua yang boleh digunakan untuk mendapatkan bibir yang merah dan menawan!


Madu :
Madu sememangnya merupakan penawar dan ubat untuk pelbagai penyakit termasuklah untuk memerahkan bibir. Mudah sahaja! Sapukan madu di bibir setiap malam sebelum tidur dan anda pasti berpuas hati dengan kesannya.

Air Mawar : 
Usap lembut bibir anda dengan kapas yang telah pun dibasahi dengan air mawar dingin pada sebelah malam. Pasti bibir anda akan menjadi lembut dan merah pada keeseokan harinya.

Kunyit : 
Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh air suam atau susu krim. Urut bibir dengan ramuan ini setiap hari selama lima minit. Ia akan membuat bibir anda menjadi merah dan kenyal.

Daun Ketumbar : 
Daun ketumbar akan memudarkan warna hitam pada bibir. Hancurkan 2 helai daun ketumbar dengan air kemudian sapu pada bibir. Birkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Lakukannya secara rutin.

Mentega :
Sapukan mentega pada bibir setiap hari untuk mengembalikan kemerahan dan kesegaran bibir.

Yoghurt :
Campurkan yoghurt dengan beberapa titik jus limau dan sedikit tepung beras. Sapukan di bibir secara teratur setiap hari.

Saturday 23 February 2013

Petua menghilangkan rasa masin dalam masakan

Perkara macam ni selalu terjadi pada kaum hawa  apabila tengah kelam-kabut nak masak di dapur. Terlebih letak garam dalam masakan seringkali terjadi apatah lagi pada yang baru belajar memasak. Akibatnya, masakan yang dimasak akan menjadi masin dan tidak sedap. Di sini, blog petua anak dara ingin berkongsi beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa masin dalam masakan. 


Petua 1:
Dapatkan sejemput kelapa parut dan dijadikan bunjut dengan membugkusnya menggunakan kain jarang. Masukkan ke dalam masakan yang terlebih masin itu selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bolehlah keluarkan bunjut tersebut.

Petua 2:
Cari pelepah pisang sepanjang 4 cm dan bersihkan. Kemudian, masukkan ke dalam masakan sehingga mendidih. Setelah mendidih, keluarkan pelepah dari masakan.

Petua 3:
Masukkan kentang yang dibelah dadu ke dalam masakan yang terlebih masin untuk menyerap rasa masin. Jika tiada kentang, gantikan dengan timun yang dipotong memanjang.

Petua 4:
Tutup masakan yang masin itu menggunakan tudung periuk. Biarkan ia mendidih dan matikan api. Biarkan tudung periuk selama beberapa minit. Kemudian, angkat tudung periuk tersebut dan cuci dengan air bersih. Tanpa mengeringkan tudung periuk tersebut, tutup kembali masakan yang terlebih masin tersebut dan biarkan. Buka hanya apabila ingin menghidangkannya. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.

Petua Menghilangkan Sakit Perut

Terkurang makan, terlebih makan, makan makanan pedas, makanan sudah tamat tempoh dan makanan terlalu manis menjadi faktor yang menyebabkan sakit perut. Biasanya ramai yang melegakan sakit perut dengan makan ubat herba cina iaitu ubat Pil Chi Kit Teck Aun ni :)

Walaubagaimanapun, blog Anak Dara tetap nak kongsi beberapa petua yang boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Semoga petua-petua yang diberi berguna untuk anda semua!

Petua 1:
 budak-budak :
Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda (pucuk).  Bersihkan dan masukkan ke dalam mesin pengisar untuk mendapatkan jusnya. Tapiskan terlebih dahulu dan masukkan sedikit gula. Minum jus tersebut.

orang dewasa:
Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda. Bersihkan, kunyah, dan telan airnya.

Petua 2:
Bancuh teh pekat kosong tanpa dimasukkan gula. Minum air bancuhan tersebut, Insha Allah sakit perut akan hilang.

Petua 3:
Hancurkan beberapa helai daun ketumbit. Kemudian, tempelkan pada perut dan balut dengan menggunakan kain.



Segarkan Kulit Muka

Wajah kurang berseri?
Ingin segarkan kulit muka?
Di sini blog Petua Anak Dara ingin berkongsi beberapa petua yang boleh di gunakan untuk menyegarkan kulit wajah.
So, silalah cuba ye!


Petua 1:
Mula-mula perah sebiji epal hijau untuk diambil jusnya. Lumurkan pada muka dan dibiarkan selama 10 minit. Kemudian, bilas dengan menggunakan air bersih.


Petua 2:

Parut sebiji timun sehingga betul-betul halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit tepung jagung. Bahan-bahan ini akan dijadikan masker dan dilumurkan pada muka. Biarkan selama 25 minit dan bilas dengan air suam sehingga betul-betul bersih.


Petua 3:

Masukkan sedikit madu, sebiji putih telur, minyak zaitun, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan badam ke dalam pengisar. Kisar sehingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan menggunakan air bersih.


Petua 4:

Bersihkan muka dengan air bersih dan biarkan selama 5 minit. Sementara itu, jerang air sehingga mendidih dan masukkan ke dalam bekas. Tundukkan muka ke arah bekas sehingga wap air sampai ke muka. Tutup kepala dengan menggunakan tuala untuk menghalang wap daripada keluar. Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesan yang lebih cepat.


Petua 5:

Basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketga. Bilas muka dengan menggunakan air bersih setelah sepuluh minit berlalu.