✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Monday, 25 February 2013

Petua dan tips membuat kek


Kek merupakan makanan yang lazat dan menjadi kegemaran semua. Namun begitu, tak semua orang boleh membuat atau menghasilkan kek yang lazat dan menarik. Kek yang kita hasilkan mungkin terlalu lembab atau berair, merekah di bahagian atas dan mendap di tengahnya. Ikutilah petua dan tip di bawah untuk menghasilkan kek yang menarik dan menyelerakan.

Telur :
Telur yang digunakan di dalam kek mestilah segar dan bukanlah telur yang sudah lama disimpan. Sebaiknya, pilih telur double A atau beratnya 60gram sebiji. Jangan memilih telur yang terlalu besar kerana ia akan menambah air dalam sukatan dan menyebabkan doh menjadi lembik. Telur dan gula perlu dipukul sehingga betul-betul gebu sebelum dicampur dengan bahan lain. Untuk memastikan telur betul-betul gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan diterbalikkan, Sekiranya tidak jatuh, telur itu sudah gebu.

Kelajuan memukul mentega dan gula :
Pastikan ia dipukul perlahan sehingga sebati kemudian ditukar ke tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum diputar ke tahap maksima selama 6-7 minit sehingga adunan menjadi gebu dan ringan. Jika menggunakan hand mixer, pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji.

Mentega :
Mentega yang digunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi tidaklah terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi padat dan bertekstur keras. Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga menadi gebu, adunan akan menjadi berketul-ketul apabila telur dimasukkan.  Jika ingin memukul mentega, jangan pukul di tempat yang panas kerana ia akan menyebabkan mentega cair.



1 comment:

  1. Saya wat kek selalu tak jadi huhu...inshaallah akan applykan info yang diberi..hopefully pasni menjadi. Inshaallah.

    ReplyDelete