✿ selamat datang ke blog petua anak dara. Kami berkongsi pelbagai petua yang pasti memberi manfaat kepada anda ✿

Pages

Tuesday 26 February 2013

Petua menghilangkan jerawat


Jerawat sememangnya dibenci dan menjadi musuh semua orang. Kehadirannya pada raut wajah kita pasti ingin segera dimusnahkan. Pelbagai cara pasti dilakukan untuk menghilangkan jerawat. Kepada anda yang sedang buntu memikirkan cara menghilangkan jerawat, ikutilah petua-petua di bawah :

satu :
Ambil daun sireh lalu direndamkan di dalam air panas. Tunggu sehingga air sejuk dan daun menjadi layu. Selawat ke atas nabi tiga kali lalu basuh muka dengan air tersebut. Jangan keringkan muka yang basah dengan menggunakan tuala, sebaliknya biar ia kering sendiri.

dua :
Ambil daun jambu yang masih muda lalu dicuci bersih dan diramas dengan air. Cuci muka dengan menggunakan air jambu tersebut.

tiga :
Ambil sedikit asam jawa dan kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.  Sebatikan dan lumur ke muka, Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas sehingga bersih.

empat :
Sapukan larutan tepung kanji dengan air lalu disapukan ke jerawat yang tumbuh. Insha Allah jerawat pasti akan hilang.

lima :
Asah kulit kayu manis untuk mengambil debunya. Campurkan debu tersebut dengan madu lalu ditempelkan ke muka sebelum tidur. Bilas dengan air bersih keesokan harinya.

No comments:

Post a Comment